Hari ni, 27 Jun 2010 genap 50 hari pemergian adikku yg tersayang ke Rahmatullah... Al-fatihah buat Allahyarham.... semoga arwah ditempatkan di sisi orang2 yang beriman dan aman di sisi Allah swt. Kak Long hanya mampu mendoakan Angah di sana. Namun jauh disudut hati, Angah tetap di hati. Siang dan malam, masih teringatkan Angah. Terasa bagaikan Angah masih ada di muka bumi ini tetapi jauh dari Kak Long. Sebab selama ini kita hidup berjauhan, hanya telefon dan SMS penghubung antara kita.
Bagi Kak Long kenangan yang ada antara kita adalah kenangan terindah. Kita lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama. Walaupun adakalanya kita terpisah kerana Kak Long tinggal di asrama, tetapi setiap kali Kak Long balik di hujung minggu pasti ada aktiviti yang kita lakukan bersama. Kadang2 kita berjalan ke bandar Kemaman, shopping apa yang patut setakat yang kita mampu pada masa tu. Bersiar2 di taman bersama adik2 yg lain, dan kenalkan pada Kak Long buah hati Angah. Kak Long tahu, masa sekolah Angah ramai peminat. Tak kisahlah, Kak Long tak pernah cemburu. Mungkin Angah ada kelebihan tersendiri yang Kak Long tak ada. Kak Long hanya menumpang kegembiraan dan kebahagiaan Angah.
Selepas sekolah, kita sama2 kerja kilang. Alhamdulilllah, ada rezeki untuk kita. Bolehla kita ringankan beban abah dan ma (sekarang juga dah arwah) masa tu. Ingat tak masa tu, setiap kali dapat gaji kita mesti gi jalan2 ke bandar bersama2 kawan2 kerja kilang yang lain. Sekadar gi jalan2, makan2 bukan melepak tak tentu hala pun. Kadang2 kita beli baju sama2. Lepas tu Kak Long berhenti kerja sebab dapat tawaran belajar di kolej. Kak Long jarang balik ke rumah sebab sewa bilik di bandar. Tak lama lepas tu pun, Kak Long dapat berita yang Angah pun kene buang kerja sebab bos dapat tahu yang Angah ada penyakit kencing manis dan tak boleh buat kerja. Tak apalah Angah, mungkin rezeki Angah setakat tu jer... Mungkin ada rezeki lain pulak lepas ni.
Tak lama selepas tu, kita dikejutkan dengan berita tragis. Dan yg paling sedih adalah Angah sebab kejadian tu berlaku dihari jadi Angah... 9 Disember 1998, kita telah kehilangan ibu yang kita sayangi dan cintai. Arwah ma telah pergi menyambut panggilan Illahi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yg telah meragut nyawanya. Saat itu bagaikan gelap seluruh dunia. Tapi kita harus redha dan tabah menghadapi ujian Allah terhadap diri dan kehidupan kita. Kak Long tahu Angah orang orang yang peling sedih dan terasa dengan kehilangan arwah ma. Sebab Angah paling rapat dan manja dengan arwah ma. Kalau sakit pun, ma yang paling banyak menjaga Angah dan melayan karenah Angah. Bila ma dah tak ada, tiada lagi tempat bermanja, mengadu dan melaya kerenah Angah. Tak apa la Angah, kita harus kuat mengharungi hidup tanpa ibu tercinta.