BLOG 3C -CITRA CAHAYA CINTA-


RENUNGI..HAYATI... FIKIR-FIKIR...

dia telah menentukannya, kita bertemu dan bercinta, inilah oh takdirnya, bukan kerana harta, inilah citra cahaya cinta, pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya, kejujuran diberi, kasih datang terhenti, ini bahagia ku cari, sayangi daku, peluklah daku, janji denganku, semai cinta nan satu, Tuhan menguji , takkan berhenti, hanya ku pinta, sama setia menjaga, hingga ke alam syurga...

ASSALAMUALAIKUM wbt .......

Semoga anda sudi menatap blog saya yang tak seberapa ni.. blog ini akan diupdate dari masa ke semasa..Terima kasih..

Khamis, 20 Mei 2010

KEHILANGAN LAGI...part 1







Aku sebenarnya malas nak tulis tentang perkara2 yg sedih dalam hidup.. Bukan apa, sambil kita menulis, sambil kita terkenangkan kenangan2 bersama dan sambil itu juga air mata akan mengalir di pipi tanpa segan silu... Bila tidur terbawa-bawa dalam mimpi. Bangun tidur pagi esok, tgk mata kat cermin, bengkak jer. Pah tu esok g kerja macam2 telahan yg akan dibuat. Gaduh ngan laki la... masalah keluarga la... macam2 lagi la. Kadang2 orang tak faham gelora dihati dan dalam hidup kita.

Tapi aku harus kuat untuk terus menulis catatan ini sebagai kenangan antara aku dan dia.. Antara insan yang masih hidup dan yang telah pergi menyahut panggilan Illahi...

Cuma aku memohon kekuatan dari Allah taala untuk aku terus menulis sebagai kenangan untuk aku, adik beradikku, kaum keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan mula bertanya itu dan ini. Dengan adanya catatan ni, tak perlu lah aku cerita banyak kepada mereka. Bila dah pandai baca, bacalah sendiri. Masa tu kau nak nangis ker apa ker, ikut kau lah. Sebab aku tak mahu terus menangis dan menangis lagi. Bagiku ini adalah kehilangan besar yang kedua dalam hidupku selepas kehilangan arwah Cikgu Zul... Sebelum tu, dua orang sahabat baikku juga telah kehilangan ayahanda mereka. (Siti Mariam dan Siti Norsuhada).

Kehilangan yang aku maksudkan adalah kerana pulangnya ke rahmatullah adikku yang tersayang, AZIFAH BT MUKHTAR kerana komplikasi buah pinggang akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. Arwah telah menderita mengidap kencing manis selama 18 tahun iaitu sejak berumur 12 tahun. Saat kanak-kanak lain riang bermain dia sudah pasrah menerima takdir Illahi dengan derita penyakit itu. Begitu juga dalam melalui hidup sebagai remaja, tidak selincah dan sebebas remaja lain. Segala pergerakan adalah terbatas dek kerana penyakit yang ditanggung. Angah, sesungguhnya Allah lebih menyayangimu...

Bermula lah sebuah kisah... Tanggal 9 Mei 2010, hari Ahad, jatuh pada Hari Ibu pada tahun ini. Pada pagi yang mulia dan bermakna ini, aku telah menerima panggilan telefon dari adik lelakiku. Dia minta aku bersabar dengan berita yang bakal dia sampaikan padaku. Betapa matangnya dia.. Dia pun tahu mungkin kakaknya ini tak sekuat mana untuk menerima berita buruk darinya. Lebih2 lagi dengan keadaanku yang sedang berbadan dua.

Katanya, Angah sudah tiada. Tiada lagi di bumi Allah ini. Aku hanya mampu mengucap kalimah 'Innalillahn hi wa inna ila hirrajiuun". Aku terkedu dan termangu sendirian. Apa lagi kata-kata yang mampu aku ucapkan. Aku bangun dari pembaringan. Saat itu juga terkenang segala derita yang ditanggung semasa hayat beliau. Dan saat itu aku memujuk hati agar redha dengan pemergiannya. Tuhan lebih menyayanginya.. Dan saat itu juga aku fikirkan yang segala derita semasa hayatnya telahpun berakhir. Angah... sesungguhnya kak long redha atas pemergianmu. Saat ini kesedihan belum lagi bersarang di lubuk hatiku. Aku hanya fikirkan tentang kebesaran kuasa Allah taala dan ketepikan perasaanku.

Aku hubungi seluruh ahli keluarga termasuk ibu mertuaku. Saat itu baru aku terasa akan sebuah kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat. Kesedihan dan kepedihan yang menusuk hingga ke tulang hitam. Itulah airmata ku yang pertama menitis atas kehilangannya. Mak banyak memujuk, biasalah orang tua. Lebih memahami akan hukum alam. Yang hidup pasti akan pergi...Terima kasih mak. Dalam kesedihan, aku lupa untuk mengucapkan hari ibu kepada mak.. Tahun depan kalau panjang umur, akan kuucapkan ucapan itu buat mak...

Kemudian, aku hubungi suami angah, Kamal. Katanya dia sempat bersama arwah di saat2 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah, lapang rasa dadaku. Sekurang-kurangnya dia pergi tidak sendirian dan berseorangan kerana masih sempat mendengarkan ajaran kalimah syahadah. Sesungguhnya angah beruntung kerana mendapat suami seperti Kamal. Dalam senang susahnya, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Mungkin dia pun tahu yang hayat hidup isterinya pun tak lama... Aku minta dia menguruskan segala-galanya tentang jenazah arwah. Dia akur kerana dia pun tahu itu tangunggjawabnya.

Cuma dia inginkan kepastian samada untuk menunggu kami untuk melihat jenazah arwah angah buat kali terakhir atau terus dikebumikan. Aku tidak pasti untuk memberi jawapan kerana perlu bertanya kepada Abah. Lantas ku hubungi Abah dan Abah pun sebagai hamba Allah yang tidak pernah lalai perintah Allah memberi kata putus yang munasabah. Abah pun redha agar jenazah angah perlu dikebumikan dengan segera memandangkan keuzurannya yang juga telah empat hari koma di ICU. Sebenarnya jauh di sudut hatiku memikirkan perkara sama dengan abah. Biarlah jenazahnya disegerakan kerana itulah yang terbaik untuknya.