BLOG 3C -CITRA CAHAYA CINTA-


RENUNGI..HAYATI... FIKIR-FIKIR...

dia telah menentukannya, kita bertemu dan bercinta, inilah oh takdirnya, bukan kerana harta, inilah citra cahaya cinta, pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya, kejujuran diberi, kasih datang terhenti, ini bahagia ku cari, sayangi daku, peluklah daku, janji denganku, semai cinta nan satu, Tuhan menguji , takkan berhenti, hanya ku pinta, sama setia menjaga, hingga ke alam syurga...

ASSALAMUALAIKUM wbt .......

Semoga anda sudi menatap blog saya yang tak seberapa ni.. blog ini akan diupdate dari masa ke semasa..Terima kasih..

Ahad, 27 Jun 2010

KENANGAN TERINDAH ....

Hari ni, 27 Jun 2010 genap 50 hari pemergian adikku yg tersayang ke Rahmatullah... Al-fatihah buat Allahyarham.... semoga arwah ditempatkan di sisi orang2 yang beriman dan aman di sisi Allah swt. Kak Long hanya mampu mendoakan Angah di sana. Namun jauh disudut hati, Angah tetap di hati. Siang dan malam, masih teringatkan Angah. Terasa bagaikan Angah masih ada di muka bumi ini tetapi jauh dari Kak Long. Sebab selama ini kita hidup berjauhan, hanya telefon dan SMS penghubung antara kita.

Bagi Kak Long kenangan yang ada antara kita adalah kenangan terindah. Kita lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama. Walaupun adakalanya kita terpisah kerana Kak Long tinggal di asrama, tetapi setiap kali Kak Long balik di hujung minggu pasti ada aktiviti yang kita lakukan bersama. Kadang2 kita berjalan ke bandar Kemaman, shopping apa yang patut setakat yang kita mampu pada masa tu. Bersiar2 di taman bersama adik2 yg lain, dan kenalkan pada Kak Long buah hati Angah. Kak Long tahu, masa sekolah Angah ramai peminat. Tak kisahlah, Kak Long tak pernah cemburu. Mungkin Angah ada kelebihan tersendiri yang Kak Long tak ada. Kak Long hanya menumpang kegembiraan dan kebahagiaan Angah.

Selepas sekolah, kita sama2 kerja kilang. Alhamdulilllah, ada rezeki untuk kita. Bolehla kita ringankan beban abah dan ma (sekarang juga dah arwah) masa tu. Ingat tak masa tu, setiap kali dapat gaji kita mesti gi jalan2 ke bandar bersama2 kawan2 kerja kilang yang lain. Sekadar gi jalan2, makan2 bukan melepak tak tentu hala pun. Kadang2 kita beli baju sama2. Lepas tu Kak Long berhenti kerja sebab dapat tawaran belajar di kolej. Kak Long jarang balik ke rumah sebab sewa bilik di bandar. Tak lama lepas tu pun, Kak Long dapat berita yang Angah pun kene buang kerja sebab bos dapat tahu yang Angah ada penyakit kencing manis dan tak boleh buat kerja. Tak apalah Angah, mungkin rezeki Angah setakat tu jer... Mungkin ada rezeki lain pulak lepas ni.

Tak lama selepas tu, kita dikejutkan dengan berita tragis. Dan yg paling sedih adalah Angah sebab kejadian tu berlaku dihari jadi Angah... 9 Disember 1998, kita telah kehilangan ibu yang kita sayangi dan cintai. Arwah ma telah pergi menyambut panggilan Illahi kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yg telah meragut nyawanya. Saat itu bagaikan gelap seluruh dunia. Tapi kita harus redha dan tabah menghadapi ujian Allah terhadap diri dan kehidupan kita. Kak Long tahu Angah orang orang yang peling sedih dan terasa dengan kehilangan arwah ma. Sebab Angah paling rapat dan manja dengan arwah ma. Kalau sakit pun, ma yang paling banyak menjaga Angah dan melayan karenah Angah. Bila ma dah tak ada, tiada lagi tempat bermanja, mengadu dan melaya kerenah Angah. Tak apa la Angah, kita harus kuat mengharungi hidup tanpa ibu tercinta.

Khamis, 20 Mei 2010

KEHILANGAN LAGI...part 1







Aku sebenarnya malas nak tulis tentang perkara2 yg sedih dalam hidup.. Bukan apa, sambil kita menulis, sambil kita terkenangkan kenangan2 bersama dan sambil itu juga air mata akan mengalir di pipi tanpa segan silu... Bila tidur terbawa-bawa dalam mimpi. Bangun tidur pagi esok, tgk mata kat cermin, bengkak jer. Pah tu esok g kerja macam2 telahan yg akan dibuat. Gaduh ngan laki la... masalah keluarga la... macam2 lagi la. Kadang2 orang tak faham gelora dihati dan dalam hidup kita.

Tapi aku harus kuat untuk terus menulis catatan ini sebagai kenangan antara aku dan dia.. Antara insan yang masih hidup dan yang telah pergi menyahut panggilan Illahi...

Cuma aku memohon kekuatan dari Allah taala untuk aku terus menulis sebagai kenangan untuk aku, adik beradikku, kaum keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan mula bertanya itu dan ini. Dengan adanya catatan ni, tak perlu lah aku cerita banyak kepada mereka. Bila dah pandai baca, bacalah sendiri. Masa tu kau nak nangis ker apa ker, ikut kau lah. Sebab aku tak mahu terus menangis dan menangis lagi. Bagiku ini adalah kehilangan besar yang kedua dalam hidupku selepas kehilangan arwah Cikgu Zul... Sebelum tu, dua orang sahabat baikku juga telah kehilangan ayahanda mereka. (Siti Mariam dan Siti Norsuhada).

Kehilangan yang aku maksudkan adalah kerana pulangnya ke rahmatullah adikku yang tersayang, AZIFAH BT MUKHTAR kerana komplikasi buah pinggang akibat kencing manis dan jangkitan kuman pada paru-paru. Arwah telah menderita mengidap kencing manis selama 18 tahun iaitu sejak berumur 12 tahun. Saat kanak-kanak lain riang bermain dia sudah pasrah menerima takdir Illahi dengan derita penyakit itu. Begitu juga dalam melalui hidup sebagai remaja, tidak selincah dan sebebas remaja lain. Segala pergerakan adalah terbatas dek kerana penyakit yang ditanggung. Angah, sesungguhnya Allah lebih menyayangimu...

Bermula lah sebuah kisah... Tanggal 9 Mei 2010, hari Ahad, jatuh pada Hari Ibu pada tahun ini. Pada pagi yang mulia dan bermakna ini, aku telah menerima panggilan telefon dari adik lelakiku. Dia minta aku bersabar dengan berita yang bakal dia sampaikan padaku. Betapa matangnya dia.. Dia pun tahu mungkin kakaknya ini tak sekuat mana untuk menerima berita buruk darinya. Lebih2 lagi dengan keadaanku yang sedang berbadan dua.

Katanya, Angah sudah tiada. Tiada lagi di bumi Allah ini. Aku hanya mampu mengucap kalimah 'Innalillahn hi wa inna ila hirrajiuun". Aku terkedu dan termangu sendirian. Apa lagi kata-kata yang mampu aku ucapkan. Aku bangun dari pembaringan. Saat itu juga terkenang segala derita yang ditanggung semasa hayat beliau. Dan saat itu aku memujuk hati agar redha dengan pemergiannya. Tuhan lebih menyayanginya.. Dan saat itu juga aku fikirkan yang segala derita semasa hayatnya telahpun berakhir. Angah... sesungguhnya kak long redha atas pemergianmu. Saat ini kesedihan belum lagi bersarang di lubuk hatiku. Aku hanya fikirkan tentang kebesaran kuasa Allah taala dan ketepikan perasaanku.

Aku hubungi seluruh ahli keluarga termasuk ibu mertuaku. Saat itu baru aku terasa akan sebuah kesedihan dan kepedihan yang teramat sangat. Kesedihan dan kepedihan yang menusuk hingga ke tulang hitam. Itulah airmata ku yang pertama menitis atas kehilangannya. Mak banyak memujuk, biasalah orang tua. Lebih memahami akan hukum alam. Yang hidup pasti akan pergi...Terima kasih mak. Dalam kesedihan, aku lupa untuk mengucapkan hari ibu kepada mak.. Tahun depan kalau panjang umur, akan kuucapkan ucapan itu buat mak...

Kemudian, aku hubungi suami angah, Kamal. Katanya dia sempat bersama arwah di saat2 dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Alhamdulillah, lapang rasa dadaku. Sekurang-kurangnya dia pergi tidak sendirian dan berseorangan kerana masih sempat mendengarkan ajaran kalimah syahadah. Sesungguhnya angah beruntung kerana mendapat suami seperti Kamal. Dalam senang susahnya, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Mungkin dia pun tahu yang hayat hidup isterinya pun tak lama... Aku minta dia menguruskan segala-galanya tentang jenazah arwah. Dia akur kerana dia pun tahu itu tangunggjawabnya.

Cuma dia inginkan kepastian samada untuk menunggu kami untuk melihat jenazah arwah angah buat kali terakhir atau terus dikebumikan. Aku tidak pasti untuk memberi jawapan kerana perlu bertanya kepada Abah. Lantas ku hubungi Abah dan Abah pun sebagai hamba Allah yang tidak pernah lalai perintah Allah memberi kata putus yang munasabah. Abah pun redha agar jenazah angah perlu dikebumikan dengan segera memandangkan keuzurannya yang juga telah empat hari koma di ICU. Sebenarnya jauh di sudut hatiku memikirkan perkara sama dengan abah. Biarlah jenazahnya disegerakan kerana itulah yang terbaik untuknya.




Isnin, 11 Januari 2010

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA .... part 2

Kami berbisik di telinga arwah , memohon kemaafan. Dengan tiub pernafasan di mulutnya tidak memungkinkan dia untuk bercakap dan membalas kata2 kami. Dia hanya mampu menggangguk kepala sahaja. Dia sempat mengangkat tangan kirinya dan menggerakkan pergelangan tangan memberi isyarat seolah-olah 'tiada'. Apa yg arwah maksudkan dengan 'tiada' kami kurang pasti.. adakah dia dia tidak berdaya untuk memberi respon terhadap kami, atau mungkin 'tiada' salah kami dengan dia dan sebaliknya atau mungkin dia sendiri yg 'tiada' harapan untuk terus hidup.

Kami sempat berpesan kepada arwah agar kuatkan semangat untuk melawan penyakitnya dan berharap agar beliau cepat sembuh. Dia mengangguk.. Memandangkan kami tak boleh berada terlalu lama dengan arwah kerana masih ramai lagi yang menunggu giliran untuk menziarahi arwah, kami meminta diri untuk keluar.

Ya Allah, aku berdoa dalam hati agar memanjangkan usia arwah dan meringankan derita yg ditanggung arwah. Tapi hatiku sangsi. Masih punyakah peluang dan harapan untuk arwah terus hidup dengan keadaan beliau yg sebegitu? Jika ya, engkau berikanlah dia kekuatan untuk melawan penyakitnya dan jika tidak engkau permudahkanlah segala urusan terhadap dirinya. Jangan biarkan dia menderita terlalu lama menanggung kesakitan yg teramat sangat. Dia tidak layak utk menanggung kesakitan itu kerana dia insan yg terlalu baik. Namun, segalanya kuasa Mu Ya-Allah ya Rahman ya Rahim. Engkalulah Tuhan yang maha pengasih dan penyayang lagi maha pengampun. Hanya padamu ku berserah Ya Allah.

Petangnya, Iera pergi lagi menziarahi arwah. Dia bermesej kepadaku mengatakan keadaan arwah semakin tenat.. Aku hanya mampu berdoa agar segala yg terbaik berlaku ke atas dirinya. Ya Allah Engkau selamatkanlah Cikgu Zul..

peRgi..

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagiku dengari
Kau pergi... pergi
Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia..

Lagu ni istimewa untuk arwah Cikgu Zul.. Especially bait-bait terakhir. Kau pergi... pergi... tak daya kau ku lupa, apa pun kata mereka, biarkan kenangan berbunga di ranting usia. Kau tetap abadi dalam kenangan kami warga pendidikan khas SKTPB..

Jumaat, 8 Januari 2010

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA... part 1

Salam buat semua... bertemu lagi kita... Tapi kali ni dalam mood yang sangat2 berbeza dari sebelum ini. Masih dalam mood sedih kerana kehilangan seseorang yang amat bermakna dalam hidupku dan yang penting dalam kerjayaku. Baru sahaja aku mention nama beliau dalam catatanku pada 04.01.2010 baru-baru ini.

Beliau adalah Cikgu Zulkippli bin Awang Ahmad, Penyelaras Program Integrasi Pendidikan Khas SK Tanah Putih Baru. Terlalu cepat arwah pergi meninggalkan kami.. Hari Isnin (04.01.2010) arwah masih datang ke sekolah seperti biasa. Namun arwah nampak berbeza kerana seolah-olah sedang menanggung kesakitan. Arwah kerapkali mengurut dada lebih-lebih lagi sewaktu melayan anak-anak istimewa yang amat di sayanginya. Aku, rakan2 PPM dan cikgu2 semuanya menasihati arwah supaya segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Tapi katanya, tak ada apa-apa. Kami maklum yg arwah mmg mengidap penyakit darah tinggi.. Kami pun dah terbiasa kalau dia sakit sikit2, nampak dia mkn ubt pun kami tak hairan sangat....

Terlalu cepat dia pergi meninggalkan kami warga pend.khas. Esoknya, kami dikhabarkan yg arwah dimasukkan ke wad di HTAA. Ingatkan sakit2 biasa ajer.. Petang tu, Iera, rakan PPM ke hospital utk menziarahi arwah. Katanya Cikgu Zul dalam keadaan tenat. Arwah tak henti2 meraung dan mengerang kesakitan. Kebetulan, suami Iera pemandu ambulans di HTAA. Katanya, pagi semasa dia mula sampai di hospital dia ada dgr suara jeritan menanggung kesakitan di wad kecemasan. Tak sangka rupanya suara tu adalah suara arwah yg sedang bertarung nyawa menahan dan melawan kesakitan yang sedang ditanggungnya.

Iera sms aku, mengatakan yg Cikgu Zul dalam keadaan tenat. Kesian betul tgk dia mengerang kesakitan. Iera dah menangis-nangis kat situ. Tak tahan tgk keadaan Cgu Zul yg sdg dalam kesakitan. Ya Allah, siksanya arwah menanggung kesakitan selama lebih 10 jam. Bayangkanlah dari pagi dia menjerit di wad kecemasan sehingga di pindahkan ke wad biasa pun masih lagi menanggung kesakitan. Kesakitan yang teramat sangat... Doktor dah bg ubat penahan sakit yg paling kuat tp tak berkesan jgk. Kalau nak diikutkan, arwah mmg seorang yg penyabar dan kuat semangat. Tapi saat kesakitan yg tdk tertanggung, segalanya hilang. Saat itu rasa sakit mengatasi segalanya. Hanya Allah sahaja yg tahu betapa skt dan deritanya arwah.

Menurut doktor, rupanya arwah mengidap penyakit radang pankreas dan batu karang dalam hempedu.. something like that la..dan semua organnya dah rosak dan tak berfungsi lagi termasuk buah pinggang. Selain tu, darah tinggi, kencing manis pun ada dan tahap bacaannya amat tinggi.

Malam itu jgk arwah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Keadaan arwah masih tenat. Bermcm telahan dan andaian di buat bila melihatkan keadaan beliau. Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya.


Keesokan harinya, Rabu 6 Januari 2010 kami seluruh warga pend. khas memohon kebenaran keluar untuk menziarahi beliau di hospital. GB izinkan. Actually GB antara insan2 yg paling rapat dengan arwah. Terasa lamanya jarum jam berdetak menunjukkan ke angka 12. Tak sabar nak menziarah dan berjumpa dengan Cikgu Zul. Masa yg dinanti tiba jua. Kami dibenarkan masuk bergilir2 berdua untuk melawat. Tahu jer la ICU kan.. nama pun Unit Jagaan Rapi. Tak kisahlah coz prosedur dia mmg mcm tu. Aku masuk ngan Iera.

Ya Allah, keadaan Cikgu Zul bukan seperti dia. Dia masih sdr dan mampu meberi respon. Kami memanggilnya.. sempat meminta ampun dan maaf dengannya.

to be continued

Isnin, 4 Januari 2010

KERJA...

Kalau nak cerita bab kerja aku ni, mmmm...memang susah nak cerita. Aku sendiri tak pasti samada aku suka atau tidak dengan kerja aku ni. Apa-apapun semuanya rezeki Allah taala buatku. Kerja yang persekitarannya tak lari dari perasaan 'double standard' di antara manusia-manusia yang waras dan boleh kuanggap satu kebahagiaan bila berdamping dengan insan-insan istimewa.

Ntahlah susah nak cakap. Hati manusia ni macam-macam. Susah nak baca. Yang penting aku buat kerja aku dan tak menyusahkan sesiapa. Cukup bulan dapat gaji yang boleh menyara keluarga dan membayar apa yang patut setiap bulan. Tak nak lah cerita banyak pasal kerja. Nanti ada hati-hati yang akan terluka dan tanpa ku sedari mungkin hatiku sendiri yang akan terluka. Aku yang memilih kerja ni walaupun dengan paksa rela sebab mula-mula tak tahu camana bidang tugas untuk jawatan yang aku pohon ni. Lepas interview, menunggu dalam setahun jugak dapatlah surat mengatakan bahawa aku antara calon menunggu. Tak apalah, ada rezeki adalah. Kalau tak ada, tak adalah.

Nasib menyebelahi aku... dan aku terpilih untuk ditawarkan ke jawatan tetap. Nun jauh di puncak Pulau Langkawi aku diminta untuk melapor diri sekaligus menghadiri kursus pengenalan. Nak tak nak, aku pergi juga. Nasib baik suamiku yang tercinta sudi menemani aku ke sana. Terima kasih abang... Seronoknya dia dapat ikut.. kata orang sambil menyelam minum air. Tambah-tambah pulak kami tak pernah makan angin jau-jauh. Honeymoon jugak la katakan...

Balik dari Pulau Langkawi, kami diminta berkumpul di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk menerima surat penempatan tempat bertugas. Masing-masing dengan rasa 1001 debaran menunggu nama dipanggil untuk menerima surat tersebut. Tiba giliranku... aku terima dengan redha dan hati yang terbuka. Dengan perlahan dan penuh suspen aku membuka surat bertaip namaku. Aku ditempatkan di SK (LKTP) Sebertak, Bera, Pahang. Ya Allah! Jauhnya.. dan nama dan tempat itu juga terlalu asing bagiku. Berita ini ku khabarkan kepada suami tercinta. Dia pun menerima dengan hati yang terbuka walaupun dia tahu yang kami terpaksa berpisah. Apapun, jauh di hatinya dia memanjat rasa bersyukur kerana aku telah mendapat pekerjaan tetap di sektor kerajaan. Yakni aku dapat membantu meringankan bebannya dalam ekonomi keluarga. Perasaan selebihnya aku tidak tahu..

Hampir setahun aku berkhidmat di SK (LKTP) Sebertak dicampur dengan 60 hari cuti bersalin aku memohon untuk bertukar ke Kuantan. Alhamdulillah, tidak lama aku menunggu akhirnya permohonan bertukar diluluskan. Aku ditukarkan di SK Tanah Puith Baru, Kuantan. Sebuah sekolah di pinggir bandar Kuantan. Ok la tu, dekat jugak la ngan rumahku dan juga bandar Kuantan. Sehingga kini sudah hampir 2 tahun setengah aku bertugas di Program Integrasi Pendidikan Khas SK Tanah Putih Baru.

Di sini dengan bangganya aku menglamorkan nama Guru Besar sekolahku yang amat tegas dan berdedikasi iaitu Pn. Kamariah bt Nan dan juga yang penting insan yang banyak membantuku dalam menjalankan tugas dalam memahami insan-insan istimewa iaitu Cikgu Zulkippli bin Awang Ahmad. Thank you very much to both of you.

Dan tak lupa teman-teman yang mula ku kenali di sini dan amat kusenangi hingga hari ini, Pn. Siti Zaharah dan Pn. W. Nur Faridah Hanim. Terima kasih kerana banyak mengajarku untuk lebih mengenali SKTPB ini dan warga-warganya. Terima kasih semua..

TRAGEDI...

"Pandanglah lihatlah... tiru macam saya..." Ha adik-adik, jangan ikut macam abang Hasif ni. Kecik-kecik dah nak jadi superman. Sudahnya macam ni la rupa abang.. Dengar nasihat abang tau!! "Sakitnyer..."
Kalau dia pandai berkata-kata inilah agaknya nasihat yang cuba diberikan kepada adik-adik dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya. Muka yang cedera parah ni akibat terjun longkang. Yang pasti masa kejadian ni dia tengah kayuh basikal dengan lajunya di depan rumah. Tak pasti samada dia tak sempat nak brake atau dia memang sengaja nak main langkah-langkah longkang yang bukan tandingannya untuk dimain lompat-lompat. Sedar-sedar dah menangis melolong dah dalam longkang. Nasib baik ada mak cik kat tepi longkang tu yang tolong angkatkan dia. Terima kasih kat mak cik tu. Tak sempat nak ucap terima kasih coz kelam kabut sangat tengok muka anak dah berdarah dan dahinya yang biru... Ya Allah.. nasib baik la tak teruk sangat dan tak serius. Tak ada yang patah-patah. Kalau tak mahu bermalam kat spital.. Nauzubillah... Ya Allah engkau lindungilah anakku dari segala musibah dan kecelakaan. Sesungguhnya apa yang terjadi kepadanya adalah akibat kealpaan kami sebagai papa dan mamanya. Sebenarnya semua kejadian buruk boleh dielak kalau kita nak, kan? Tapi ya lah, malang tak berbau kan? Kalau ada bau budu ke belacan ke, boleh lah ngelak awal-awal dari terkena apa-apa musibah.
Tak apa lah dik, mama harap ini semua pengajaran buat adik. Jangan bawak basikal laju-laju sangat dan lebih berhati-hati semasa bermain. Dari kecik sampai besar macam-macam kemalangan kecil terjadi pada diri adik. Tu la kata orang nak menyampai ke besar, macam-macam boleh berlaku.
Lepas ni jangan nak salahkan longkang kalau adik jatuh longkang lagi tau!!! (Masa dia nangis dia duk sebut: longkang wat adik, longkang wat adik). Bukan dia yang salah, longkang yang salah. Tu la namanya budak-budak. Dan segalanya pun mematangkan kita sebagai parents supaya lebih berhati-hati dalam proses membesarkan anak kita dan lebih alert dengan environment kita samada bahaya atau tidak untuk anak-anak kita bermain. Sama-samalah kita menjaga AMANAH ini agar dia sentiasa selamat dan dapat membesar dengan sempurna dan bijaksana. AMINN...