BLOG 3C -CITRA CAHAYA CINTA-


RENUNGI..HAYATI... FIKIR-FIKIR...

dia telah menentukannya, kita bertemu dan bercinta, inilah oh takdirnya, bukan kerana harta, inilah citra cahaya cinta, pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya, kejujuran diberi, kasih datang terhenti, ini bahagia ku cari, sayangi daku, peluklah daku, janji denganku, semai cinta nan satu, Tuhan menguji , takkan berhenti, hanya ku pinta, sama setia menjaga, hingga ke alam syurga...

ASSALAMUALAIKUM wbt .......

Semoga anda sudi menatap blog saya yang tak seberapa ni.. blog ini akan diupdate dari masa ke semasa..Terima kasih..

Isnin, 4 Januari 2010

KERJA...

Kalau nak cerita bab kerja aku ni, mmmm...memang susah nak cerita. Aku sendiri tak pasti samada aku suka atau tidak dengan kerja aku ni. Apa-apapun semuanya rezeki Allah taala buatku. Kerja yang persekitarannya tak lari dari perasaan 'double standard' di antara manusia-manusia yang waras dan boleh kuanggap satu kebahagiaan bila berdamping dengan insan-insan istimewa.

Ntahlah susah nak cakap. Hati manusia ni macam-macam. Susah nak baca. Yang penting aku buat kerja aku dan tak menyusahkan sesiapa. Cukup bulan dapat gaji yang boleh menyara keluarga dan membayar apa yang patut setiap bulan. Tak nak lah cerita banyak pasal kerja. Nanti ada hati-hati yang akan terluka dan tanpa ku sedari mungkin hatiku sendiri yang akan terluka. Aku yang memilih kerja ni walaupun dengan paksa rela sebab mula-mula tak tahu camana bidang tugas untuk jawatan yang aku pohon ni. Lepas interview, menunggu dalam setahun jugak dapatlah surat mengatakan bahawa aku antara calon menunggu. Tak apalah, ada rezeki adalah. Kalau tak ada, tak adalah.

Nasib menyebelahi aku... dan aku terpilih untuk ditawarkan ke jawatan tetap. Nun jauh di puncak Pulau Langkawi aku diminta untuk melapor diri sekaligus menghadiri kursus pengenalan. Nak tak nak, aku pergi juga. Nasib baik suamiku yang tercinta sudi menemani aku ke sana. Terima kasih abang... Seronoknya dia dapat ikut.. kata orang sambil menyelam minum air. Tambah-tambah pulak kami tak pernah makan angin jau-jauh. Honeymoon jugak la katakan...

Balik dari Pulau Langkawi, kami diminta berkumpul di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang untuk menerima surat penempatan tempat bertugas. Masing-masing dengan rasa 1001 debaran menunggu nama dipanggil untuk menerima surat tersebut. Tiba giliranku... aku terima dengan redha dan hati yang terbuka. Dengan perlahan dan penuh suspen aku membuka surat bertaip namaku. Aku ditempatkan di SK (LKTP) Sebertak, Bera, Pahang. Ya Allah! Jauhnya.. dan nama dan tempat itu juga terlalu asing bagiku. Berita ini ku khabarkan kepada suami tercinta. Dia pun menerima dengan hati yang terbuka walaupun dia tahu yang kami terpaksa berpisah. Apapun, jauh di hatinya dia memanjat rasa bersyukur kerana aku telah mendapat pekerjaan tetap di sektor kerajaan. Yakni aku dapat membantu meringankan bebannya dalam ekonomi keluarga. Perasaan selebihnya aku tidak tahu..

Hampir setahun aku berkhidmat di SK (LKTP) Sebertak dicampur dengan 60 hari cuti bersalin aku memohon untuk bertukar ke Kuantan. Alhamdulillah, tidak lama aku menunggu akhirnya permohonan bertukar diluluskan. Aku ditukarkan di SK Tanah Puith Baru, Kuantan. Sebuah sekolah di pinggir bandar Kuantan. Ok la tu, dekat jugak la ngan rumahku dan juga bandar Kuantan. Sehingga kini sudah hampir 2 tahun setengah aku bertugas di Program Integrasi Pendidikan Khas SK Tanah Putih Baru.

Di sini dengan bangganya aku menglamorkan nama Guru Besar sekolahku yang amat tegas dan berdedikasi iaitu Pn. Kamariah bt Nan dan juga yang penting insan yang banyak membantuku dalam menjalankan tugas dalam memahami insan-insan istimewa iaitu Cikgu Zulkippli bin Awang Ahmad. Thank you very much to both of you.

Dan tak lupa teman-teman yang mula ku kenali di sini dan amat kusenangi hingga hari ini, Pn. Siti Zaharah dan Pn. W. Nur Faridah Hanim. Terima kasih kerana banyak mengajarku untuk lebih mengenali SKTPB ini dan warga-warganya. Terima kasih semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan