BLOG 3C -CITRA CAHAYA CINTA-


RENUNGI..HAYATI... FIKIR-FIKIR...

dia telah menentukannya, kita bertemu dan bercinta, inilah oh takdirnya, bukan kerana harta, inilah citra cahaya cinta, pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya, kejujuran diberi, kasih datang terhenti, ini bahagia ku cari, sayangi daku, peluklah daku, janji denganku, semai cinta nan satu, Tuhan menguji , takkan berhenti, hanya ku pinta, sama setia menjaga, hingga ke alam syurga...

ASSALAMUALAIKUM wbt .......

Semoga anda sudi menatap blog saya yang tak seberapa ni.. blog ini akan diupdate dari masa ke semasa..Terima kasih..

Selasa, 29 Disember 2009

MAMA AND HASIF

Photo ku bersama anak tersayang, Hasif.. Selama hampir 4 tahun aku menunggu zuriat ini lahir. Takut juga menunggu selama 3 tahun belum ada apa-apa tanda yang aku akan mengandung. Mula-mula takut juga, manalah tahu kalau-kalau aku ditakdirkan tidak dapat melahirkan zuriatku sendiri. Namun Tuhan maha kaya dan maha adil kepada hambaNya. Yang penting usaha dan tawakkal kepadaNya. Selebihnya kita perlu berdoa tanpa jemu. Insya-Allah segala doa kita akan dimakbulkan. Tinggal lagi cepat atau lambat sahaja. Dan inilah hasil dari penantianku... Alhamdulillah.. aku amat bersyukur dengan kurniaanMu terhadap aku dan suami. Dan inilah AMANAH yang telah Engkau berikan kepada kami di muka bumi untuk dijaga dan dididik agar menjadi insan yang berguna. Insya-Allah, AMANAH ini akan kami laksanakan dengan cara yang paling baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan