BLOG 3C -CITRA CAHAYA CINTA-


RENUNGI..HAYATI... FIKIR-FIKIR...

dia telah menentukannya, kita bertemu dan bercinta, inilah oh takdirnya, bukan kerana harta, inilah citra cahaya cinta, pintu hatiku telah kau buka, tak mampu ku menafikannya, kejujuran diberi, kasih datang terhenti, ini bahagia ku cari, sayangi daku, peluklah daku, janji denganku, semai cinta nan satu, Tuhan menguji , takkan berhenti, hanya ku pinta, sama setia menjaga, hingga ke alam syurga...

ASSALAMUALAIKUM wbt .......

Semoga anda sudi menatap blog saya yang tak seberapa ni.. blog ini akan diupdate dari masa ke semasa..Terima kasih..

Isnin, 11 Januari 2010

HILANGNYA SEBUTIR PERMATA .... part 2

Kami berbisik di telinga arwah , memohon kemaafan. Dengan tiub pernafasan di mulutnya tidak memungkinkan dia untuk bercakap dan membalas kata2 kami. Dia hanya mampu menggangguk kepala sahaja. Dia sempat mengangkat tangan kirinya dan menggerakkan pergelangan tangan memberi isyarat seolah-olah 'tiada'. Apa yg arwah maksudkan dengan 'tiada' kami kurang pasti.. adakah dia dia tidak berdaya untuk memberi respon terhadap kami, atau mungkin 'tiada' salah kami dengan dia dan sebaliknya atau mungkin dia sendiri yg 'tiada' harapan untuk terus hidup.

Kami sempat berpesan kepada arwah agar kuatkan semangat untuk melawan penyakitnya dan berharap agar beliau cepat sembuh. Dia mengangguk.. Memandangkan kami tak boleh berada terlalu lama dengan arwah kerana masih ramai lagi yang menunggu giliran untuk menziarahi arwah, kami meminta diri untuk keluar.

Ya Allah, aku berdoa dalam hati agar memanjangkan usia arwah dan meringankan derita yg ditanggung arwah. Tapi hatiku sangsi. Masih punyakah peluang dan harapan untuk arwah terus hidup dengan keadaan beliau yg sebegitu? Jika ya, engkau berikanlah dia kekuatan untuk melawan penyakitnya dan jika tidak engkau permudahkanlah segala urusan terhadap dirinya. Jangan biarkan dia menderita terlalu lama menanggung kesakitan yg teramat sangat. Dia tidak layak utk menanggung kesakitan itu kerana dia insan yg terlalu baik. Namun, segalanya kuasa Mu Ya-Allah ya Rahman ya Rahim. Engkalulah Tuhan yang maha pengasih dan penyayang lagi maha pengampun. Hanya padamu ku berserah Ya Allah.

Petangnya, Iera pergi lagi menziarahi arwah. Dia bermesej kepadaku mengatakan keadaan arwah semakin tenat.. Aku hanya mampu berdoa agar segala yg terbaik berlaku ke atas dirinya. Ya Allah Engkau selamatkanlah Cikgu Zul..

1 ulasan: